Sunday, 21 September 2014

Ais Krim Homemade

Assalamualaikum u ols....

Masa saya mengandung sulung, hari-hari saya pekena air krim.. tapi beli la.. bukan homemade...

Jadi, entry kali ni saya nak kongsi resepi ais krim homemade... pada saya resepi ni sangat istimewa... bukan hanya di gemari anak-anaka saya.. malah..saya sendiri menggilainya.. hihihi...

2 gelas full cream milk
3 sudu besar Meal Shake
2 sudu besar susu pekat mania
1 sudu kecil ovelette
Biskut oreo di patah-patahkan

Cara membuatnya...

1. Campurkan semua bahan (kecuali biskut oreo). Blend sehingga gebu gebas..

2. Masukkan ke dalam bekas berisi oreo yang di patah-patahkan.

3. Masukkan ke dalam peti ais semalaman.

4. Sedia untuk dimakan....

#saya tersalah beli susu... beli susu cair..tapi jadi jugak..hehe#

Selamat mencuba.....

Thursday, 18 September 2014

Cergas Sewaktu Mengandung Dan Berpantang Cara Moden

Assalamualaikum w.b.t

Haa...seronok pulak nak updated blog kalini..hihi... seronok nak kongsi cerita dengan uols...

Masa saya mengandung sulung sehingga melahirkan, saya tak kenal vitamin2 atau supplemen yang terbaik..hurm.. sedeyyy tauu kalau ingat-ingat balik... :(

Selepas melahirkan pon, saya tak makan jamu yang dibeli sebab terpikir balik... boleh hadam ke pil keras semacam je..uhuhu..last2,  tak makan..hahahaha...

Tapi masa mula pregnant second baby, alhamdulillah.. tiada masalah walaupun masa tu sibuk dengan anak kecil dan kerja-kerja di pejabat. kemana-mana pun drive sendiri... berdikari la kiranya ni..hehe.. masa mengandung second baby, saya amalkan vitalea dan ostematrix.. untuk cantikkan hb dan cukupkan kalsium saya dan baby.. :) saya juga bertekad untuk menyusukan anak kedua saya sepenuhnya...

Selepas bersalin saya masih mengamalkan vitalea dan ostematrix sebagai set berpantang saya... saya tambahkan dengan esp, alfalfa, vitamin c dan vitamin b untuk set berpantang saya yang lengkap bagi memenuhi impian saya untuk sihat, cergas, sentiasa bertenaga supaya saya dapat menghasilkan susu yang melimpah ruah..hehe..alahmdulillah..saya dapat menyusukan anak kedua saya Yasmin Zulaikha sehingga 2 tahun dan lebih.

Uols jangan malu-malu hubungi saya untuk bertanya... free consultation...

Norasimah
PENGEDAR SAH SHAKLEE
SID:1082027
0167895588 (SMS/WASSAP/WEECHAT)
Fb: www.facebook.com/koleksinora

Penghantaran vitamin ke seluruh Malaysia..
COD pun inshaAllah boleh..

Ni diaaa.... set berpantang moden bagi mommy...

Atasi Kulit Kusam dan Berjeragat

Assalamualaikum w.b.t...

Hye uols...entry kali ni saya nak kongsi pasal kulit kusam... dan paling kronik sekali...jeragatttt....

Jeragat pada mulanya hanya bintik-bintik coklat kat muka... especially kt tulang pipi..sedikit demi sedikit bintik-bintik ni akan bercantum menjadi tompokan hitam pada kulit... terutamanya kulit muka... malu u....

Dulu2, umar 40an baru ade jeragat tapi sekarang ni, muda2 pon da ade jeragat... kesan dari penggunaan alat kosmetik.. tapi muda2 ni kalau ade jeragat ala2 minah saleh u... tapi.. kalau dibiarkan... sendiri mau ingat la..hehe...

Ha..uols yang ade masalah jeragat or kulit kusam..marilah cube Collagen Powder Shaklee... inshaAllah kulit uols glowing2 gitiew.. dan parut2 turut same hilang.. tak pasal2 je kan.. jeragat kurang dan parut lame kelamaan makin pudar dan akhirnya....hilang...Alhamdulillah...hehe

Uols..jangan malu2 atau segan silu utk bertanya saya tau.. inshaAllah saya bantu...free consultation uols..

Hubungi saya:

Norasimah

SID :1082027

PENGEDAR SAH SHAKLEE

NO TEL:0167895588 (SMS/wassap/wechat)

fb : www.facebook.com/koleksinora


Ha..ni dia testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee dan pic Collagen Powder Shaklee... jom teroka!!!....

Friday, 27 June 2014

Vitalea @ Multivitamin


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea.

Selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. 

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?

Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut...kerana :- * ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut * peraiaran / laut yang telah tercemar * tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya * selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini..... Retail price adalah RM88.75 dan mempunyai 120 biji tablet dalam setiap botol


Posted via Blogaway

Zinc Complex.. siapa yang perlukannya???

KEBAIKAN Zinc Complex
~ Meningkatkan sistem imun
- membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T
-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.

~ Diabetis
- membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin

~ Kanser prostat
- pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%

~ Ovulasi wanita
- wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya

~ Memperbaiki radang kulit
- Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat

~ Jerawat
- Zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat

~ Kelesuan kronik

~ Mengekalkan deria bau
- Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif

~ Kemampuan seks lelaki
- zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan spermaGugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel.

Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

~ Membentuk kolagen
- Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

~ Penyembuhan luka yang cepat
- zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy

~ Rabun malam

KESAN KEKURANGAN ZINC?

Ia menyebabkan
# pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
# perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.# rambut gugur,
# cirit-birit ,
# hilang selera makan.
# Kehilangan berat badan,
# masalah dengan penyembuhan luka,
# keupayaan untuk rasa makanan
# tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.


Posted via Blogaway

Sunday, 22 June 2014

Tips Untuk Susu Melimpah Ruah Yang Terbukti Berkesan





Pengalaman bersalin sulung saya tidak manfaatkan sepenuhnya untuk menyusukan Umar seperti anak kedua saya, Yasmin. Menyesal…. Sedih bila ingat-ingat….


Semasa mengandung anak kedua, saya bertekad mahu susukan anak saya sehingga dia berusia dua tahun… Peringkat permulaan saya agak stress juga sebab susu tak keluar banyak. Hampir sejam baru dapat LDR… hurm… tensennnn…..

Doa, usaha dan tawakkal….. Alhamdulillah… dapat kumpul EBM sebelum naik kerja sampai tak cukup-cukup ruang kat fridge.. hehe..

Tapi… lepas naik kerja… sangat-sangat mencabar sebab kene skip2 kerja pam susu.. dahla kerje banyak… uhuhu… Bile skip pam mula la susu badan semakin berkurang…Mesti stress kan…

Ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah yang serupa. Lepas masuk ofis selepas bercuti panjang, susu badan yang sebelum nih meriah terus merudum.

Jangan risau… Anda bukan keseorangan.

Saya juga pernah mengalami masalah yang sama sewaktu menyusukan anak kedua saya. Memang sedih dan rasa tertekan…

Yelah, ibu mana yang tak sedih tengok anak menangis sebab tak cukup susu?

Alhamdulillah, setelah saya mengamalkan 5 tips di bawah. Susu saya kembali melimpah ruah :)Anak yang sebelum nih asyik menangis dah boleh tertidur kekenyangan.

Heavennn….!

5 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan

Khas untuk ibu-ibu comel semua, saya kongsikan 5 tips yang saya sendiri telah amalkan dan terbukti berjaya membanyakkan susu badan saya. Semoga ianya bermanfaat juga untuk anda.

1.     Amalkan doa

 

2.     Perah (Pam) Dengan Kerap dan Konsisten


Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu.

Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.


Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.

Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu

Nota Penting: Kalau kita tak perah dengan kerap, susu pun susah nak refill.

2. Minum Air Sekurang-Kurangnya 3 Liter

Air Penting Untuk Susu Melimpah Ruah.

Komponen utama susu badan adalah air. Jadi kalau anda pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?

Lagi satu, sebaiknya anda banyakkan minum air kosong ataupun susu sebab air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan kita dehidrasi. Nak minum boleh, tapi berpada-pada ;)

3. Jangan Skip Makan

Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, anda kenalah pastikan tak skip sarapan, lunch ataupun dinner. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.

Kekurangan nutrisi boleh menyebab penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.

 4. Kekal Ceria & Senyum Sokmo

Flow susu hanya akan lancar apabila anda tenang dan ceria. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.

Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?

Info: Vitamin B-Complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’

5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee

Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum, termasuklah saya sendiri.
Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.

Kandungan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee yang lengkap mempunyai 6 suplemen. Setiap satunya dengan khasiat yang berbeza.

 

 5.1. ESP (Energizing Soy Protein)


ESP merupakan minuman soya yang kaya dengan kandungan protin. Ia merupakan produk Shaklee yang paling hot di kalangan ibu-ibu.

3 khasiat utama yang menyebabkan ESP sangat laku:
  1. Susu badan bertambah (…dan kebiasaannya semakin pekat)
  2. Anda akan rasa cergas dan bertenaga sepanjang hari
  3. Kulit menjadi licin, gebu and anjal

5.2. Vitalea (Iron Formulated Multivitamin)

Kalau anda ibu yang berkerja, mesti anda selalu makan di luar kan? Biasanya makanan di kedai makan nih kekurangan nutrisi. Di sinilah Vitalea memainkan peranan.

Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang akan membantu top-up kekurangan nutrisi anda. Kesannya, anda akan rasa lebih bertenaga dan susu juga semakin banyak.

5.3. B Complex

Sebagai orang perempuan, normal lah kita nih selalu ada mood swing dan emosi kadang-kadang tak terkawal. Bila stress, susu pun nak tak nak jer keluar. Betul?

Biasanya apa yang orang perempuan suka makan bila stress? Coklat kan?
Sebab apa bila makan coklat rasa ‘lega’ sikit? Coklat membantu penghasilan hormon serotonin yang menjadikan kita ceria.

B Complex juga mempunyai kesan yang sama seperti coklat, cuma B Complex tak menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat atau menyebabkan kegemukan.

5.4. Vitamin C Sustained Release

Salah satu punca susu merudum adalah disebabkan oleh kelenjar susu yang terluka. Boleh jadi luka sebab baby menyusu terlalu kuat ataupun kerana kita terlalu stress.

Vitamin C boleh membantu untuk mengelakkan kelenjar susu anda luka. Kalau dah luka, Vitamin C boleh membantu untuk merawat kelenjar susu yang luka tersebut.

Info: Vitamin C juga sangat baik untuk kulit yang cantik berseri dan glowy..:)

5.5. Alfalfa

Alfalfa adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat.
Ringkasnya, Alfalfa adalah:
  • Milk booster… Biasanya dalam 1-2 hari dah boleh rasa perbezaannya 
  • Perapat ala-ala Kacip Fatimah (ada yang cakap lagi power… sendiri kena cuba 
  • Menghilangkan keputihan
  • Sebagai detox & menghilangkan bau badan

5.6. Ostematrix (Kalsium)

Kebanyakkan ibu yang menyusu akan mengalami masalah susu berkurang masa datang period. Ini terjadi sebab badan memerlukan kalsium yang banyak untuk menggantikan darah yang keluar semasa period.

Hint: Kalsium merupakan antara komponen utama susu. Kurang kalsium, kurang susu…
Untuk membantu badan dalam proses menghasilkan darah, anda boleh mengamalkan Ostematrix yang merupakan suplemen kalsium dan magnesium.

Tips: Ostematrix juga boleh membantu anda mendapat tidur malam yang berkualiti dan juga mengelakkan sembelit selepas bersalin ;)

6. Selain itu, saya ada beberapa petua-petua masyarakat untuk menambah susu….

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba






* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.


Hubungi Perunding Kesihatan:

Norasimah binti Mustafa Kamal
SID: 1082027

No. h/p: 016-7895588
Fb: www.facebook.com/koleksinora
Blog: noraoncitpunyapasal@blogspot.com




Saturday, 21 June 2014

Merawat Ekzema dan Sakit Kulit dengan Shaklee

Arghhh..... tolong.... ekzema sangat mengganggu..... kesian tengok.. tergaru2..... Ekzema tu ape?....

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut,. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema. 

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
 
 
 
 
 
 

Jom kita teroka cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan produk Shaklee mengikut peringkat umur.

Bayi berumur kurang 1 tahun 

  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.


Kanak-kanak 1 tahun ke atas

  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. 
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit  danmengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.




Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

  Norasimah binti Mustafa Kamal
♥ sms/whatsApp: 016-7895588
♥ Emel : noraoncitpunyapasal@gmail.com