Pengalaman bersalin sulung saya tidak manfaatkan sepenuhnya untuk menyusukan Umar seperti anak kedua saya, Yasmin. Menyesal…. Sedih bila ingat-ingat….
Semasa mengandung anak kedua, saya bertekad mahu susukan anak saya sehingga dia berusia dua tahun… Peringkat permulaan saya agak stress juga sebab susu tak keluar banyak. Hampir sejam baru dapat LDR… hurm… tensennnn…..
Doa, usaha dan tawakkal….. Alhamdulillah… dapat kumpul EBM sebelum naik kerja sampai tak cukup-cukup ruang kat fridge.. hehe..
Tapi… lepas naik kerja… sangat-sangat mencabar sebab kene skip2 kerja pam susu.. dahla kerje banyak… uhuhu… Bile skip pam mula la susu badan semakin berkurang…Mesti stress kan…
Ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah yang serupa. Lepas masuk ofis selepas bercuti panjang, susu badan yang sebelum nih meriah terus merudum.
Jangan risau… Anda bukan keseorangan.
Saya juga pernah mengalami masalah yang sama sewaktu menyusukan anak kedua saya. Memang sedih dan rasa tertekan…
Yelah, ibu mana yang tak sedih tengok anak menangis sebab tak cukup susu?
Alhamdulillah, setelah saya mengamalkan 5 tips di bawah. Susu saya kembali melimpah ruah Anak yang sebelum nih asyik menangis dah boleh tertidur kekenyangan.
Heavennn….!
5 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan
Khas untuk ibu-ibu comel semua, saya kongsikan 5 tips yang saya sendiri telah amalkan dan terbukti berjaya membanyakkan susu badan saya. Semoga ianya bermanfaat juga untuk anda.1. Amalkan doa
2. Perah (Pam) Dengan Kerap dan Konsisten
Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.
Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.
Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu
Nota Penting: Kalau kita tak perah dengan kerap, susu pun susah nak refill.
2. Minum Air Sekurang-Kurangnya 3 Liter
Komponen utama susu badan adalah air. Jadi kalau anda pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?Lagi satu, sebaiknya anda banyakkan minum air kosong ataupun susu sebab air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan kita dehidrasi. Nak minum boleh, tapi berpada-pada
3. Jangan Skip Makan
Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, anda kenalah pastikan tak skip sarapan, lunch ataupun dinner. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.Kekurangan nutrisi boleh menyebab penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.
4. Kekal Ceria & Senyum Sokmo
Flow susu hanya akan lancar apabila anda tenang dan ceria. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.
Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?
Info: Vitamin B-Complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’
5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee
Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum, termasuklah saya sendiri.Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.
Kandungan Set Penyusuan Shaklee
Set Penyusuan Shaklee yang lengkap mempunyai 6 suplemen. Setiap satunya dengan khasiat yang berbeza.5.1. ESP (Energizing Soy Protein)
ESP merupakan minuman soya yang kaya dengan kandungan protin. Ia merupakan produk Shaklee yang paling hot di kalangan ibu-ibu.
3 khasiat utama yang menyebabkan ESP sangat laku:
- Susu badan bertambah (…dan kebiasaannya semakin pekat)
- Anda akan rasa cergas dan bertenaga sepanjang hari
- Kulit menjadi licin, gebu and anjal
5.2. Vitalea (Iron Formulated Multivitamin)
Kalau anda ibu yang berkerja, mesti anda selalu makan di luar kan? Biasanya makanan di kedai makan nih kekurangan nutrisi. Di sinilah Vitalea memainkan peranan.Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang akan membantu top-up kekurangan nutrisi anda. Kesannya, anda akan rasa lebih bertenaga dan susu juga semakin banyak.
5.3. B Complex
Sebagai orang perempuan, normal lah kita nih selalu ada mood swing dan emosi kadang-kadang tak terkawal. Bila stress, susu pun nak tak nak jer keluar. Betul?Biasanya apa yang orang perempuan suka makan bila stress? Coklat kan?
Sebab apa bila makan coklat rasa ‘lega’ sikit? Coklat membantu penghasilan hormon serotonin yang menjadikan kita ceria.
B Complex juga mempunyai kesan yang sama seperti coklat, cuma B Complex tak menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat atau menyebabkan kegemukan.
5.4. Vitamin C Sustained Release
Salah satu punca susu merudum adalah disebabkan oleh kelenjar susu yang terluka. Boleh jadi luka sebab baby menyusu terlalu kuat ataupun kerana kita terlalu stress.Vitamin C boleh membantu untuk mengelakkan kelenjar susu anda luka. Kalau dah luka, Vitamin C boleh membantu untuk merawat kelenjar susu yang luka tersebut.
Info: Vitamin C juga sangat baik untuk kulit yang cantik berseri dan glowy..:)
5.5. Alfalfa
Alfalfa adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat.Ringkasnya, Alfalfa adalah:
- Milk booster… Biasanya dalam 1-2 hari dah boleh rasa perbezaannya
- Perapat ala-ala Kacip Fatimah (ada yang cakap lagi power… sendiri kena cuba
- Menghilangkan keputihan
- Sebagai detox & menghilangkan bau badan
5.6. Ostematrix (Kalsium)
Kebanyakkan ibu yang menyusu akan mengalami masalah susu berkurang masa datang period. Ini terjadi sebab badan memerlukan kalsium yang banyak untuk menggantikan darah yang keluar semasa period.Hint: Kalsium merupakan antara komponen utama susu. Kurang kalsium, kurang susu…
Untuk membantu badan dalam proses menghasilkan darah, anda boleh mengamalkan Ostematrix yang merupakan suplemen kalsium dan magnesium.
Tips: Ostematrix juga boleh membantu anda mendapat tidur malam yang berkualiti dan juga mengelakkan sembelit selepas bersalin ;)
6. Selain itu, saya ada beberapa petua-petua masyarakat untuk menambah susu….
* Cekur ManisCekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
Hubungi Perunding Kesihatan:
Norasimah binti Mustafa Kamal
SID: 1082027
No. h/p: 016-7895588
Fb: www.facebook.com/koleksinora
Blog: noraoncitpunyapasal@blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete