Friday, 29 July 2016

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CARA SELAMAT


  

Ramai diantara kita yang tak sabar nak kurus. Seronok betul bila dapat turunkan berat badan. Tapi masalah utama ialah bersenam. Macam mana nak bersenam kalau keluar kerja pukul 6.30am, sampai rumah pukul 7pm. Betul tak?
Ok lah, saya bagi tips paling mudah untuk turunkan berat badan dengan cepat tanpa bersenam. So lepas ni, anda bolehlah try


5 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Tanpa Bersenam

 1.0 Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari

Amalan minum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, ambil segelas air suam atau air masak terlebih dahulu. Sekurang2nya anda akan rasa cepat kenyang dan tidak akan mengambil makanan dengan banyak.
Sebaik2nya dalam sehari anda perlu mengambil air suam sebanyak 8 gelas sehari. Atau anda juga boleh buat kiraan setiap 25kg berat badan anda bersamaan dengan 1liter air yang perlu anda minum. Contoh berat anda 50kg, so min dalam sehari anda kena minum 2liter.
Kalau berat anda lebih dari 50kg? haaaa..berapa banyak pula anda kena minum? Diam2 sudahlah kan? 

2.0 Kerap Minum Air Limau

Minuman yang masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak.
Kalau saya pula, saya suka buat air Cinch Tea + Madu + Lemon. Sedap sangat rasanya, seperti ice lemon tea. Selain bagus untuk menggalakkan metabolisme dalam badan, ia juga dapat memberi tenaga.

3.0 Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat)

Tolong jangan sesekali sentuh minuman bergas. Minuman bergas ni sangat tinggi kandungan gula dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit, berat badan pun makin bertambah.
Ingat lagi dulu sebelum kawin (biasalah, nak kawin punye pasal, memang diet giler2..hehe) Hampir 1 tahun saya tak sentuh minuman bergas. Saya juga selalu bawa air masak ke mana sahaja saya pergi.
Minuman lain yang manis2 pun saya elak juga.

4.0 Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian

Jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein.
Ramai yang silap dalam berdiet, setiap hari mereka akan menahan lapar. Pastu bila dah lapar atau dah berhenti berdiet, makan sehingga tak ingat dunia. Selagi ada depan mata semua nak makan tanpa fikirkan kalori makanan tersebut.
Salah cara ni, lagi satu anda juga kena kurangkan makanan berbentuk karbohidrat seperti nasi, kentang dan roti putih. Kalau nak makan roti anda boleh ambil roti gandum.

5.0 Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Paling penting anda kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau, oren dan kuning. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ikut sunnah Nabi, kita ambil buah dahulu sebelum makan. Bila dan makan buah dan “meratah” sayur, secara tidak langsung perut kita akan cepat kenyang. So tak perlu banyak makan nasi.
Diingatkan juga, sila kunyah makanan dengan perlahan2.
So saya harap dengan beberapa tips ni dapat memberi manfaat kepada anda. Tapi kalau anda rajin bersenam lagi cepat turun berat badan tau. 

Bagaimana Pula Jika Saya Nak Turunkan Berat Badan Dengan Suplemen?

Sekiranya anda ingin turunkan berat badan dengan cepat bersama pengambilan suplemen, pastikan suplemen tersebut adalah suplemen semulajadi. Ambil yang tiada kesan sampingan. Nanti elok2 nak jadi kurus, tak pasal2 kena penyakit macam2 pula.
Berhati2 ambil ubat kurus tau. Jangan gadaikan nyawa demi kecantikan.
Tapi kalau tanya dengan saya, saya cadangkan anda ambil Set Kurus daripada Shaklee. Sebabnya Set Kurus tersebut bukan sahaja membantu mempercepatkan lagi mencapai target anda, malah ia juga bagus untuk kesihatan anda.

Apa Yang Ada Dalam Set Kurus Shaklee?

Terdapat 4 barang di dalam Set tersebut.
Set yang lengkap dengan :


  • Lecithin – Pecahkan Lemak & Melancarkan saluran darah
  •  Herblax – Detox dan Membersihkan usus dari lemak
  • Cinch Shake – Kandungan serat yang tinggi, Bagi kenyang, Mememlihara otot & Kaya dengan leucine,
  •  Cinch Tea – Tambah tenaga & Meningkatkan metabolisme
Selain anda menjaga makan, melakukan sedikit senaman dan mengambil Set Kurus Shaklee ni. Pastinya anda akan mendapat result yang superb!
Kenapa saya begitu berani cakap macam ni? Cuba tengok Testimoni Set Kurus Shaklee daripada Customer saya. Beliau berjaya turunkan 6kg dalam masa 1 bulan. Hebat kan!

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Norasimah binti Mustafa Kamal 016-7895588 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee Johor Bahru : Norasimah (Shaklee ID 1082027)
016 – 7895588 (whatsapp /sms / telegram)
 noraoncitpunyapasal@gmail.com (e-mail)
nora darling oncit (facebook)
COD : Skudai / Johor Bahru / Senai / Kulaijaya

 

 















No comments:

Post a Comment